Wednesday 13 December 2017

PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR

1
PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN
PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR
1. SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41, C44, C48, C52, C54.
2. PERINGKAT ORGANISASI
Jabatan Alam Sekitar.
3. RINGKASAN TUGAS
Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS)
1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta Akta Zon Ekonomi Eksklusif
1984, menyumbang khidmat teknikal berkaitan pengurusan alam sekitar di
peringkat nasional dan antarabangsa, mendidik dan meningkatkan kesedaran
awam terhadap tanggungjawab bersama memelihara alam sekitar, memenuhi
keperluan dan harapan stakeholders.
4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS
4.1 Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41
a. Menjalankan kerja siasatan terhadap premis-premis yang
tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan
menyediakan kertas siasatan kes-kes pencemaran alam sekitar
untuk tindakan undang-undang.
b. Menjadi pegawai pendakwa serta saksi bagi kes-kes tindakan
mahkamah.
c. Mengkaji dan menganalisis data-data pengawasan kualiti alam
sekitar.
d. Mengkaji dan mengulas Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam
Sekeliling (EIA) serta permohonan cadangan projek
pembangunan [Penilaian Awal Tapak (PAT)] dan Kebenaran
Bertulis (KB).
e. Mengkaji dan memproses permohonan pengurusan khas
buangan terjadual serta guna semula buangan terjadual.
2
f. Memproses permohonan lesen baru dan pembaharuan lesen
bagi premis-premis yang perlu dilesenkan [Premis Yang
Ditetapkan (PYDT)] dan permohonan import eksport buangan
terjadual.
g. Melaksanakan program-program pendidikan dan kesedaran
alam sekitar.
h. Menyediakan modul-modul latihan untuk anggota JAS.
i. Memberikan khidmat kepakaran teknikal dalam pengurusan
alam sekitar.
j. Membincang dan menyemak semula kertas kerja yang
disampaikan oleh pegawai bawahan dan menyediakan laporan
berkaitan.
k. Menyelia pegawai-pegawai bawahan dalam urusan tugas
harian.
l. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan dan menyediakan
draf Laporan Tahunan Jabatan.
m. Mengetuai, memimpin dan menyelia unit/ cawangan di bawah
tanggungjawabnya.
4.2 Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C44
a. Mengetuai, memimpin dan menyelia unit/ cawangan di bawah
tanggungjawabnya.
b. Menyelia tugas-tugas penguatkuasaan dan pengawasan,
pegawai-pegawai bawahan dalam urusan tugas harian serta
operasi bilik kawalan dan mengurus aduan-aduan berkenaan
sumber asli dan pencemaran alam sekitar.
c. Menyediakan input teknikal bagi penyediaan kertas-kertas kerja
teknikal seperti memorandum jemaah menteri, kertas mesyuarat
exco, jawapan kepada soalan-soalan Dewan Rakyat/ Dewan
Negeri, kertas seminar di persidangan peringkat kebangsaan
dan antarabangsa.
d. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan jabatan.
e. Membincang dan menyemak semula kertas kerja yang
disampaikan oleh pegawai bawahan dan menyediakan laporan
berkaitan.
3
f. Mengetuai Unit Perkhidmatan dan Alatan (Stor Teknikal).
g. Menjadi pegawai pendakwa bagi kes-kes tindakan mahkamah.
4.3 Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C48
a. Mengetuai, memimpin dan menyelia seksyen/ bahagian/
cawangan di bawah tanggungjawabnya.
b. Menyediakan kertas-kertas kerja teknikal seperti memorandum
jemaah menteri, kertas mesyuarat exco, jawapan kepada
soalan-soalan Dewan Rakyat/ Dewan Negeri, kertas seminar di
persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
c. Menghadiri mesyuarat dan persidangan di peringkat
kebangsaaan dan antarabangsa serta mengambil tindakan
susulan.
d. Menyediakan program, aktiviti dan belanjawan tahunan bagi
seksyen/ bahagian dan cawangan di bawah tanggungjawabnya.
e. Mengurus aduan dan kontigensi alam sekitar.
f. Mengawal selia pelaksanaan pelan tindakan dan rancangan
kontigensi.
g. Menggubal, menyemak semula dan menyediakan draf undangundang,
dasar dan polisi, pelan tindakan operasi dan garis
panduan berkaitan alam sekitar.
h. Mengetuai unit pendakwaan dan menjadi pegawai pendakwa
bagi kes-kes tindakan mahkamah.
i. Menyemak kertas siasatan bagi tujuan pendakwaan di
mahkamah serta merancang dan membangunkan modul latihan
bagi anggota JAS.
j. Memberi latihan dan ceramah berhubung pengurusan alam
sekitar.
k. Memberi input dan khidmat nasihat kepada stakeholders
berkenaan keperluan alam sekitar.
l. Mengkaji dan mengulas Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam
Sekeliling (EIA).
4
m. Menilai semula pencapaian dan keberkesanan program dan
aktiviti alam sekitar bagi sekyen/ bahagian dan cawangan di
bawah tanggungjawabnya.
n. Menyemak dan memperakukan ketetapan bagi kes-kes
permohonan PAT, KB, lesen, pengurusan khas buangan
terjadual import, dan eksport.
4.4 Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C52
a. Mentadbir dan menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 (EEZ).
i. merancang, menyelia dan mengawasi program kerja
bahagian-bahagian di Jabatan.
 Program Siasatan Penguatkuasaan Punca Tetap.
 Program Penguatkuasaan Punca Bergerak.
 Program Pencegahan Pembakaran Terbuka.
 Program Sebaran Maklumat dan Pendidikan Alam
Sekitar.
 Program Pengawasan Kualiti Alam Sekeliling.
ii. memproses dan membuat syor/ cadangan keputusan ke
atas semua permohonan projek-projek EIA, penilaian
awal letak tapak (PAT), kebenaran bertulis penggunaan
bahan api (APB), kelulusan bertulis bagi pelepasan
efluen (KB) dan lain-lain permohonan yang ditetapkan di
bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Peraturanperaturan
di bawahnya.
iii. melaksanakan dan membuat syor/ cadangan keputusan
ke atas semua tindakan siasatan aduan pencemaran
alam sekitar.
iv. membuat syor/ cadangan keputusan ke atas kes-kes
yang dimajukan untuk tindakan mahkamah dan Perintah
Larangan.
b. Memberi khidmat nasihat pakar kepada pelanggan.
c. Mewakili Pengarah di Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan
Negeri dan sebagainya.
d. Melaksanakan dasar yang ditetapkan bagi mempertingkatkan
hubungan dua hala, Malaysia dengan negara-negara ASEAN,
UNEP dan badan-badan antarabangsa berkaitan dengan
pengurusan alam sekitar serta keputusan-keputusan ’Protokol
5
Montreal / Basel Convention’ mengenai penjagaan alam sekitar
negara.
e. Menyediakan draf Laporan Tahunan Jabatan.
4.5 Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C54
Bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah Alam Sekitar dalam hal
ehwal berikut:
a. Merancang dan menentukan perjalanan jabatan berjalan teratur
mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
b. Merancang dan menentukan urusan pentadbiran dan kewangan
jabatan dibuat secara optima dan menghasilkan produktiviti
yang disasarkan.
c. Mentadbir dan menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 (EEZ).
i. merancang, menyelia, mengawasi dan meluluskan
program kerja bahagian-bahagian di jabatan.
 Program siasatan penguatkuasaan punca tetap.
 Program penguatkuasaan punca bergerak.
 Program pencegahan pembakaran terbuka.
 Program sebaran maklumat dan pendidikan alam
sekitar.
 Program pengawasan kualiti alam sekeliling.
ii. membuat keputusan ke atas semua permohonan projekprojek
EIA, penilaian awal letak tapak (PAT), kebenaran
bertulis penggunaan bahan api (APB), kelulusan bertulis
bagi pelepasan efluen (KB) dan lain-lain permohonan
yang ditetapkan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling dan
Peraturan-peraturan di bawahnya.
iii. membuat keputusan ke atas semua tindakan siasatan
aduan pencemaran alam sekitar serta kes-kes yang
disyor untuk tindakan mahkamah dan Perintah Larangan.
iv. mempengerusikan Mesyuarat Panel Pengulas EIA dan
Mesyuarat Serenti EIA.
v. menjadi penyelaras tapak bagi kerja-kerja pembersihan
bagi insiden alam sekitar seperti tumpahan minyak,
pencemaran pantai, pembakaran terbuka hutan dan
bencana alam sekitar seperti tumpahan bahan kimia,
6
letupan dan sebagainya yang melibatkan bidang kuasa
jabatan.
d. Memberi khidmat nasihat pakar kepada pelanggan.
e. Mewakili Ketua Pengarah Alam Sekitar di Mesyuarat Pasca
Kabinet, Mesyuarat STANCO, Jawatankuasa Pembangunan
Negeri dan sebagainya.
f. Melaksanakan dasar yang ditetapkan bagi mempertingkatkan
hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara ASEAN,
UNEP dan badan-badan antarabangsa berkaitan dengan
pengurusan alam sekitar serta keputusan-keputusan ‘Protokol
Montreal/ Basel Convention’ mengenai penjagaan alam sekitar
negara.
g. Menyediakan Laporan Tahunan Jabatan.
5. HUBUNGAN KERJA
Dalaman
a. Pengurusan Tertinggi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi.
b. Pegawai di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi.
Luaran
a. Semua kementerian/ jabatan di peringkat Persekutuan dan negeri,
semua agensi/ badan berkanun, semua kerajaan tempatan dan
individu yang berurusan.
b. Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.
c. Pertubuhan/ persatuan dalam dan luar negara.
d. Pengguna.
6. PERSEKITARAN KERJA
a. Dalam dan luar pejabat.
b. Dalam negara dan luar negara.
7
7. KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN)
a. Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang kimia hayat, kaji
hayat, fizik atau ekologi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
b. Ijazah Sarjana Muda Sains (Alam Sekitar) yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
c. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Mekanik, Kimia, Elektrik
atau Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
d. Kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.
e. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.
f. Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis sama ada
dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
g. Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional dan memberi
khidmat nasihat.
h. Berkebolehan dalam bidang komputer.
i. Berkebolehan dalam menulis laporan yang berkualiti.
8. SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN
a. Integriti.
b. Bekerjasama.
c. Bertanggungjawab.
d. Profesionalisme.
e. Kebebasan, adil dan saksama.
f. Kualiti.
8
g. Kompetensi dan ketelitian.
h. Displin diri.
i. Amanah.
j. Jujur.
k. Ikhlas.
9. ANCAMAN/ BAHAYA
a. Percanggahan kepentingan.
b. Penglibatan dengan aktiviti luar pejabat.
c. Boleh diambil tindakan undang-undang.
d. Tekanan.
e. Risiko terdedah kepada peluang penyelewengan.
f. Keselamatan diri semasa menjalankan tugasan luar.
g. Risiko terdedah kepada bahan kimia.
Sumber : Emel daripada Jabatan Alam Sekitar bertarikh 8 Mei 2009.

No comments:

Post a Comment